Isnin, 13 Julai 2015

Mengapakah saya perlu menggunakan Insulin ?


Bagi pesakit diabetes yang baru disyorkan oleh doktor anda untuk menggunakan insulin pasti tertanya-tanya mengapakah perlu mereka menggunakan insulin.

Masih ramai pesakit diabetes tidak tahu kepentingan penggunaan insulin dalam merawat penyakit diabetes.


Apa yang perlu kita ketahui adalah diabetes jenis 2 biasanya terjadi secara perlahan-lahan disebabkan badan anda menghasilkan insulin yang berkurangan, atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan.

Insulin yang ada dalam badan anda tidak dapat mengimbangi kandungan gula yang ada dalam darah menyebabkan paras gula anda akan tinggi.

Apabila penghasilan insulin dalam badan anda berkurangan, pil yang anda sedang ambil mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan glukosa darah anda pada paras yang betul.

Paras Normal Gula : 4.4mmol/L hingga 6.1mmol/L (berpuasa)
                                             4.4mmol/L hingga 8.0mmol/L (tidak berpuasa)

 Gambarajah dibawah (ihsan google) menunjukkan fungsi insulin terhadap sel dalam badan kita


Gula tidak dapat dibawa masuk ke sel akibat kekurangan insulin

Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 akhirnya perlu mengambil insulin.

*nota dari  : Persiapan untuk mengambil insulin diabetes jenis 2 (novo nordisk)

Tiada ulasan: