Selasa, 21 Julai 2015

RAWATAN BEKAM BAGI PESAKIT DIABETES

 
Ab. Aziz Al-Safi Ismail menerima jambangan bunga daripada keluarganya selepas menyampaikan syarahan mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik sempena Syarahan Umum Pelantikan Profesor di USM Kubang Kerian, semalam.
ARKIB : 30/01/2014

Bekam kurang risiko diabetes

KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.
"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.
"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.
"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.
"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.
Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.
"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.

Isnin, 13 Julai 2015

Mengapakah saya perlu menggunakan Insulin ?


Bagi pesakit diabetes yang baru disyorkan oleh doktor anda untuk menggunakan insulin pasti tertanya-tanya mengapakah perlu mereka menggunakan insulin.

Masih ramai pesakit diabetes tidak tahu kepentingan penggunaan insulin dalam merawat penyakit diabetes.


Apa yang perlu kita ketahui adalah diabetes jenis 2 biasanya terjadi secara perlahan-lahan disebabkan badan anda menghasilkan insulin yang berkurangan, atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan.

Insulin yang ada dalam badan anda tidak dapat mengimbangi kandungan gula yang ada dalam darah menyebabkan paras gula anda akan tinggi.

Apabila penghasilan insulin dalam badan anda berkurangan, pil yang anda sedang ambil mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan glukosa darah anda pada paras yang betul.

Paras Normal Gula : 4.4mmol/L hingga 6.1mmol/L (berpuasa)
                                             4.4mmol/L hingga 8.0mmol/L (tidak berpuasa)

 Gambarajah dibawah (ihsan google) menunjukkan fungsi insulin terhadap sel dalam badan kita


Gula tidak dapat dibawa masuk ke sel akibat kekurangan insulin

Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 akhirnya perlu mengambil insulin.

*nota dari  : Persiapan untuk mengambil insulin diabetes jenis 2 (novo nordisk)

Isnin, 6 Julai 2015

Puasa di Bulan Ramadhan

Apa yang berlaku pada badan ketika berpuasa ?

  • Bagi orang yang normal, insulin membantu sel mengambil masuk gula darah untuk disimpan dan ditukarkan kepada tenaga.
  • Bagi pesakit diabetes, badan mereka mungkin tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan sempurna (rintangan insulin)
Apa yang berlaku ketika anda berpuasa ?

  • Bagi individu yang sihat, purata paras gula dalam darah akan menurun sedikit di awal bulan Ramadhan dan akan kembali normal selepas lebih kurang 20 hari berpuasa.
  • Bagi pesakit diabetes yang mempunyai kesedaran yang baik tentang penyakit dan di bawah pengawasan perubatan, tiada perubahan ketara dapat dikesan pada paras gula dalam darah ketika mereka berpuasa di bulan Ramadhan.
Apa yang patut anda makan ? 

  1.  Jangan ambil banyak makanan bergula ketika berpuasa.(contoh kek)
  2. Ambil banyak makanan berkanji supaya anda tidak berasa lapar ketika berpuasa (contoh nasi)
  3. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan
  4. Bersahur sebelum subuh dan bukan di tengah malam supaya dapat membantu mengimbangkan paras gula dalam darah dengan baik.
  5. Ambil minuman bebas gula atau minum air jika anda berasa dahaga.
  6. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng -  contoh ayam goreng dan roti canai.
Apakah Indeks Glisemik (GI) ?

  • Indeks glisemik (indeks kadar gula dalam darah) dikaitkan dengan sesetengah makanan karbohidrat yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah berubah berbanding makanan lain.
Makanan rendah GI
(indeks GI <55)
  • Makanan ini meningkatkan kadar gula dalam darah secara perlahan-lahan
  1. Jus oren tanpa gula
  2. beras perang
  3. susu lemak penuh
  4. epal
  5. anggur
  6. kacang bakar
Makanan Sederhana GI
(indek GI 56-69)
  • Makanan ini meningkatkan kadar gula dalam darah dengan kadar sederhana
  1. Pastri
  2. minuman ringan
  3. beras putih
  4. capati
  5. ais krim
  6. betik
Makanan tinggi GI
(indek GI > 70)
  • Makanan ini meningkatkan kadar gula dalam darah dengan pantas
  1. Donat
  2. minuman sukan
  3. beras jasmine
  4. beras pulut
  5. laici 
  6. tembikai
Apakah faedah mengambil makanan yang rendah indeks glisemik ?
  • Membantu paras gula darah naik dan turun dengan perlahan
  • Membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan pengambilan makanan ketika hidangan atau snek seterusnya. 


Nota ini dirujuk dari buku "Bersama-sama memudahkan puasa di Bulan Ramadhan" keluaran dari KKM dan MEMS 

Pusat Diabetes Hosp. USM

Pusat Diabetes Hosp. USM merupakan satu tempat rujukan pesakit dalam pendidikan kesihatan dan kaunseling kepada pesakit diabetes. Terletak di Klinik Pakar Perubatan dan bertempat di BILIK 20. 
Setiap pesakit yang datang yang memerlukan pengajaran berkaitan Insulin, penggunaan mesin glukometer ataupun ingin membeli alat-alat seperti jarum suntikan. strip glukos boleh terus ke BILIK 20.
 

Pusat Diabetes Hospital USM
Pintu masuk ke Pusat Diabetes
Suasana dari luar Klinik Pakar Perubatan

Laluan tengah kawasan klinik
Papan info berkaitan dengan segala jenis suntikan yang kerap digunakan

Sudut Kaunseling untuk pesakit supaya lebih selesa dan privasi


Pelbagai pamplet kesihatan dan buku rujukan

Bahan-bahan untuk sesi pengajaran

Ruangan jual-beli

Glukometer jenis Accu-Check dan Optium

Ahad, 5 Julai 2015

Conversation map (2014)

Setiap bulan Pusat Diabetes USM akan mengadakan aktiviti ceramah untuk para pesakit diabetes.

Salah satunya adalah menggunakan Conversation Map

Kaedah ini lebih berkesan bagi para peserta lebih memahami progres penyakit mereka dan penjagaan serta perawatan yang lebih berkesan.

Conversation Map Kit ( Diabetes Conversation )
Sesi pendaftaran 
Pemeriksaan glukos dan tekanan darah sebelum program bermula
Sesi conversation oleh staf dari Lilly 
Sesi perbincangan bersama para peserta dan educator







Diabetes Nurse Jr. Salmiza 
Turut serta bersama Diabetes Educator Jr. Zanuna

Para peserta menjamu selera dengan hidangan tengahari yang disediakan

Slot tamat pada pukul 1230 tengahari.

Rabu, 1 Julai 2015

Ceramah Pra Ramadhan



Pada 13hb Jun 2015, satu sesi ceramah dan kalibrasi mesin glukometer telah diadakan di Hotel Grand River View selama setengah hari bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Ceramah ini diadakan oleh pihak Syarikat Roche DIagnostik dengan kerjasama Pusat Diabetes  Hosp. USM.

Setiap pesakit diabetes yang mempunyai mesin glukometer jenama Accu-Check boleh memeriksa mesin mereka pada hari tersebut. Selain itu satu sesi ceramah dari Dr. Sudzilla Nordin ( Pakar Endokrin ) berkaitan Pengurusan Diabetes Ketika Berpuasa. Ramai pesakit yang hadir pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar ketika sesi pada hari tersebut :



Sesi pendaftaran bersama pesakit diabetes diurus oleh staf Pusat Dibetes




Ceramah dari Dr. Sudzilla Nordin
Ceramah Bertajuk Pengurusan Diabetes Ketika Berpuasa
Booth jualan dari Farmasi Kian, Kota Bharu
Kehadiran para peserta amat memuaskan.


Bersama produk yang turut dijual.
Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari dan para peserta berpuas hati dengan setiap sesi yang dijalankan.